Mahkamah Rayuan tetapkan 11 Ogos dengar rayuan kes LHDN Najib

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan telah menetapkan 11 Ogos depan untuk mendengar rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pembayaran RM1.69 bilion yang tertunggak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan untuk membayar tunggakan tersebut kepada LHDN.

Sepatutnya pendengaran rayuan telah ditetapkan pada hari ini namun berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mahkamah telah menunda tarikh tersebut kepada 11 Ogos ini.

Keputusan tersebut dibuat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mariam Hasanah Othman pada pengurusan kes itu secara talian hari ini.

Sebelum ini, Isnin lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk menggantung pelaksanaan perintah bahawa beliau perlu membayar cukai tertunggak sebanyak RM1.69 bilion kepada LHDN.

Pada 22 Julai tahun lepas pula, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai pendapatan tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada Kerajaan Malaysia.

Ia berikutan keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan LHDN bagi mendapatkan penghakiman terus berhubung saman dikemukakan terhadap bekas perdana menteri itu bagi menuntut jumlah tunggakan berkenaan.

Ia bermakna permohonan LHDN supaya Najib membayar tunggakan cukai pendapatan itu tidak perlu dibicarakan di mahkamah.

Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas mendapati jumlah tunggakan cukai pendapatan tambahan berkenaan perlu dikenakan dan dibayar oleh Najib sebagai hutang kepada kerajaan.

Untuk makluman, penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Mengikut Seksyen 103 (2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar taksiran itu perlu menjelaskan bayaran itu kepada LHDN walaupun rayuan difailkan.

-Sumber MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: