Pelan Pemulihan Negara perlu memihak kepada rakyat – Dr. Asmah

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memastikan perancangan Pelan Pemulihan Negara perlu adil dan saksama kepada rakyat yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh sejak 1 Jun lalu.

Ketua Wirawati Putra Malaysia, Dr. Asmah Razalli berkata, semua rakyat terutama penjaja, peniaga kecil dan sederhana, individu bekerja sendiri mahupun di sektor swasta amat tertekan serta terhimpit dengan PKP 3.0.

Apatah lagi, katanya, jika PKP penuh ini berlanjutan sehingga Oktober, sebagaimana dirangka kerajaan, akibatnya sektor ekonomi kurang dan sumber pendapatan negara terhenti.

“Suka atau tidak, ianya benar-benar boleh menjejaskan emosi serta tekanan perasaan kepada mereka yang terkesan secara langsung ini.

“Oleh itu, kita gesa kerajaan terutama Kementerian Kewangan memihak kepada rakyat dan menjadi prihatin dengan membantu melaksanakan moratorium automatik dengan kerjasama bank di bawah kawalan kerajaan dan Bank Negara Malaysia.

“Ini supaya setiap golongan terkesan tanpa mengira B40, M40 mahupun T20 mendapat sedikit kelegaan tanpa pelbagai karenah birokrasi yang perlu dipohon kepada bank terlibat.

“Jika ada rakyat tidak mahu moratorium automatik ini, mereka boleh berbuat demikian dengan hanya menjawab “tidak setuju” kepada bank masing-masing,” katanya kepada media, hari ini.

Dr. Asmah berkata, setiap golongan terkesan dengan situasi ini dan penangguhan bayaran balik pinjaman sewa beli pasti melegakan sedikit kesempatan hidup rakyat yang kebanyakannya hilang pekerjaan dan ada yang gaji dipotong.

Katanya, Wirawati Putra juga menggesa bantuan kewangan harus diperluaskan kepada golongan M40 juga atau mana-mana mereka yang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) ditolak.

“Golongan M40 terutama di bandar juga amat memerlukan bantuan. lebih lagi gelombang terbaru ini bukan pertama kali melanda negara dan menyaksikan ratusan ribu dibuang pekerjaan.

“Permudah dan perluaskan BPR, Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) kepada semua peringkat golongan serta kurangkan karenah birokrasi dalam memilih mereka yang layak menerima bantuan.

“Selain itu, kerajaan patut mempertingkatkan jumlah kelulusan BPR, Geran Khas Prihatin (GKP) dan membuka semula borang permohonannya untuk semua golongan serentak memohon bersama proses rayuan,” katanya.

Kata Dr. Asmah, inilah masanya kerajaan membuktikan keprihatinan mereka membantu rakyat yang dalam kesusahan, tidak bergaji tetap serta terputus sumber kewangan, tetapi tidak mendapat bantuan kerana karenah birokrasi.

Beliau juga menyarankan kerajaan permudahkan rakyat mendapat bakul makanan, selain sumber makanan seperti food bank perlu diadakan dan diperluaskan di setiap daerah melalui ketua kampung, pejabat Ahli Parlimen dan ADUN.

Kerajaan juga boleh melakukan kawalan harga bagi barangan keperluan asas dengan perketatkan syarat tertentu supaya rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga barang.

Sumber : MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: