Sumbangan vaksin China, Jepun bantu rancakkan program vaksinasi negara

KUALA LUMPUR – Komitmen China dan Jepun untuk menyumbang vaksin kepada Malaysia dilihat sebagai langkah tepat pada masa untuk menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ketika ini, kata Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin berkata, beliau menerima perutusan daripada rakan sejawatannya dari China, Wang Yi yang menyatakan China bersetuju menyumbang 500,000 dos vaksin SinoVac-CoronaVac kepada rakyat Malaysia.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya dengan tulus ikhlas menyuarakan penghargaan kepada rakan sejawatan, Wang Yi dan Kerajaan China kerana bermurah hati menghulurkan sumbangan dan ia akan banyak membantu usaha bersama kami dalam memerangi wabak ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Hishammuddin turut mengalu-alukan pengumuman yang dibuat rakan sejawatannya dari Jepun, Motegi Toshimitsu pada Selasa mengenai rancangan menyumbang vaksin AstraZeneca yang dihasilkan Jepun kepada Malaysia.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya ingin menyampaikan penghargaan kepada rakan sejawatan, Menteri Toshimitsu dan Kerajaan Jepun berhubung perkembangan positif ini.

“Ini adalah penting dalam hubungan Malaysia-Jepun yang akan memberi manfaat bersama kepada kedua-dua negara,” katanya.

Hishammuddin berkata, Malaysia amat menghargai sokongan tidak ternilai oleh China dan Jepun, dua negara yang dianggap sebagai rakan lama, sepanjang penularan wabak ini. – Sumber Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: