Imigresen tahan 33 PATI kendali kedai runcit

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (Imigresen) menahan 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi penguatkuasaan kedai runcit dikendalikan warga asing di sekitar Bukit Sentosa dan Dengkil, Selangor pada 14 dan 15 Jun lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata PATI itu ditahan di 16 premis secara berasingan membabitkan 14 pengawai dari Unit QRT Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Imigresen Putrajaya.null

Katanya, PATI terdiri daripada 18 lelaki Bangladesh, tujuh lelaki Myanmar, lima warga Indonesia (tiga lelaki dan dua wanita), dua lelaki Pakistan serta seorang lelaki India.

“Pemeriksaan awal mendapati kesemua PATI disyaki melakukan kesalahan menyalahgunakan pas atau permit serta tidak memiliki pas yang sah untuk bekerja di premis berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati kesemua premis mempunyai lesen perniagaan yang dimiliki dan didaftarkan atas nama warganegara Malaysia namun disyaki disewakan kepada warga asing,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, penyalahgunaan pas dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Seramai enam individu yang juga warga tempatan turut dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Mengenai serbuan berkenaan, Khairul Dzaimee berkata ada antara PATI cuba melarikan diri dan membuat provokasi.

“Bagaimanapun, kesemua mereka berjaya ditahan dan situasi dapat dikawal. Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya untuk ujian saringan COVID-19 sebelum ditempatkan di Depoh Imigresen Semenyih, Selangor,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata Imigresen sentiasa prihatin dengan aduan dan maklumat orang ramai.

Sumber : BH Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: