Mahkamah benar semakan kehakiman #Undi18

KUALA LUMPUR: Seramai 18 anak muda mewakili gerakan dinamakan Undi 18 dibenarkan mencabar keputusan kerajaan menangguhkan pelaksanaan Undi 18, iaitu langkah menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun dan pendaftaran pengundi automatik (AVR).

Ia selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, membenarkan permohonan gerakan Undi 18 untuk mengemukakan semakan kehakiman dengan menamakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan serta Suruhanjaya Pilihan Raya selaku responden.null

Terdahulu, Ahmad Kamal dalam penghakimannya, berkata pindaan had umur mengundi sudah mendapat perkenan dan diluluskan di Parlimen.

Katanya, mahkamah bersetuju dengan hujah pemohon bahawa pindaan beberapa akta berkaitan pilihan raya adalah isu kedua dan ia tidak seharusnya menjadi penghalang kepada pelaksanaannya.

“Mahkamah perlu membenarkan perkara ini untuk didengar di peringkat seterusnya dan membolehkan responden memberikan penjelasan melalui afidavit, sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Sehubungan itu, mahkamah membenarkan prosiding semakan kehakiman dimulakan tanpa sebarang kos,” katanya.

Pada 2 April lalu, sekumpulan anak muda berusia antara 18 dan 20 tahun memfailkan tindakan undang-undang memohon beberapa perintah mahkamah berkaitan penangguhan pelaksanaan Undi 18 oleh responden.

Dalam permohonan itu, kumpulan terbabit memohon perisytiharan bahawa tindakan kerajaan menangguhkan penguatkuasaan penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun adalah tidak rasional, tidak sah, tidak seimbang serta satu bentuk penindasan pengundi.

Pemohon juga mahukan satu perisytiharan bahawa mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun mempunyai harapan yang berasas bahawa mereka akan berhak untuk mengundi pada atau sebelum Julai 2021.

Mereka turut memohon perisytiharan bahawa keputusan responden menangguhkan penguatkuasaan Seksyen 3(a) sebagai satu bentuk penindasan kepada pengundi yang berusia 18 hingga 20 tahun pada Julai 2021.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: