RM3,000 dah boleh masuk Malaysia

SEBERANG JAYA – Seorang penghuni etnik Rohingya di Pangsapuri Taman Sutera di sini mengakui dirinya terpaksa membayar sejumlah RM3,000 untuk memasuki Malaysia.

Hanya dikenali sebagai Amnullah, 34, dia mengakui masuk ke dalam negara dengan menaiki bot dari Thailand.

“Pada awalnya, saya datang sendirian dan tidak membawa isteri dan anak. Hanya beberapa tahun kemudian, baru isteri saya datang dengan seorang anak saya yang sekarang berumur 10 tahun.

“Masa itu, isteri saya terpaksa membayar RM4,000 untuk masuk ke sini (Malaysia),” katanya ketika ditemui Sinar Harian dalam operasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini pada Selasa.

Menceritakan lebih lanjut, Amnullah berkata, ada antara rakannya yang meninggal dunia di dalam bot sewaktu perjalanan masuk ke Malaysia, malah mayat tersebut terpaksa dibuang ke laut atas sebab tertentu.

Dalam pada itu, dia yang kini memiliki tiga anak masing-masing berusia tujuh bulan, tiga tahun dan 10 tahun kini menyewa rumah dengan harga RM500 sebulan.

“Saya syukur berada di sini, boleh hidup dan boleh jalan cari makan. Sangat beza di negara asal kerana kami (Rohingya) ditindas.

“Bila negara asal sudah selesai (aman), saya akan pulang,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi yang disertai pelbagai agensi dalam KDN, seramai 96 orang etnik Rohingya diperiksa di Rumah Pangsa Jalan Terubuk membabitkan 33 lelaki, 25 wanita selain 19 kanak-kanak lelaki serta 19 kanak-kanak perempuan.

Di Pangsapuri Taman Sutera pula, seramai 67 etnik Rohingya diperiksa terdiri daripada 25 lelaki serta 23 wanita, manakala selebihnya membabitkan sembilan kanak-kanak lelaki dan 10 kanak-kanak perempuan.

Difahamkan, kesemua mereka memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan tidak boleh ditahan oleh pihak berkuasa di negara ini.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: