Sidang Parlimen: PN selari dengan titah Agong – Azmin Ali

Usaha kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mengadakan persidangan Parlimen adalah selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah yang mahu ia diadakan secepat mungkin.

Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan sentiasa memastikan apa jua tindakan atau usaha yang diambil berpegang pada undang-undang dan Perlembagaan Negara.

Jelas beliau, dalam konteks sidang Parlimen, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri selaku ketua majlis telah mengatakan beberapa hari lalu bahawa Parlimen akan bersidang.

“Kita tidak pernah mengatakan Parlimen tidak akan bersidang tetapi selaku ketua majlis beliau bertindak mengikut peruntukan Perlembagaan selain mengikut masa yang bersesuaian untuk mengadakan persidangan.

“Kita lihat beberapa tindakan telah diambil dalam tempoh setahun yang lalu, semuanya adalah berlandaskan kepada lunas perkembangan negara dan undang-undang.

“Jadi bagi saya titah Yang Di-Pertuan Agong adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk mengadakan sidang Parlimen dalam masa yang sesuai supaya proses demokrasi ini akan terus disuburkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi petugas barisan hadapan sektor ekonomi (economic frontliner) di Bukit Jawi Golf Resort di sini hari ini.

42E09DC3-BFDD-4E23-8DE2-BF60F340C2DE

Hadir sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Semalam, YDPA menzahirkan pandangan sesi Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Titah baginda, Parlimen berperanan sebagai satu platform penting untuk wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.

“Ahli-Ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan kerajaan bagi membantu rakyat yang berada dalam kesempitan dan memulihkan semula ekonomi negara,” titah baginda  selesai Sesi Perbincangan Khas antara YDPA dan Raja-raja Melayu. – Sumber MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: