Telefon mutu rendah: Faizal Azumu pertahan MB Perak

Bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu tampil mempertahankan penggantinya, Saarani Mohamad, yang dikritik kerana mengagihkan telefon bermutu rendah kepada pelajar.

Faizal berkata, tindakan “menyindir atau memperkecilkan” usaha Saarani adalah sesuatu yang “tidak beretika dan mengecewakan”.

“Bersatu Perak mengecam penuh dan menyatakan rasa tidak bersetuju atas tindakan segelintir pengamal media dan netizen yang mengambil peluang untuk mengeruhkan keadaan dengan melontarkan tohmahan kepada para pemimpin yang sedang dalam usaha membantu meringankan beban rakyat.null

“Bersatu Perak berharap agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang. Bersamalah kita berganding bahu dalam memerangi musuh utama negara iaitu wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Faizal meletak jawatan sebagai menteri besar Perak pada 5 Disember tahun lalu selepas tewas dalam undi percaya di Dewan Undangan Negeri Perak.

Terdahulu, kerajaan Perak dikritik hebat selepas mengedarkan sejumlah 20,000 telefon pintar yang didakwa tidak sesuai untuk pembelajaran dalam talian kepada pelajar.

Telefon tersebut disumbangkan Yayasan YTL dan dikenal pasti sebagai model YES Altitude 3. Antara spesifikasinya ialah skrin 5 inci, resolusi 854×480 piksel, pemproses 1.3GHz, 1GB RAM dan 8GB storan.

Peranti itu diagihkan secara percuma kepada pelajar daripada keluarga B40 di bawah inisiatif “Tuisyen Cikgu Saarani” oleh kerajaan negeri.

Mempertahankan sumbangan itu, Saarani seamlam berkata orang ramai tidak boleh terlalu memilih.

“Bila kita susah, orang nak sedekah kita terima. Tak adalah demand-demand (meminta itu dan ini) kan?

“Kalau masa kita tengah susah ni, orang bagi ikan sardin, ikan sardinlah kita makan. Tak ada kita (minta) nak makan ayam pula,” katanya, sambil menjelaskan telefon itu sumbangan daripada Yayasan YTL dan tidak menggunakan dana awam.

Kenyataan itu segera mengundang kiritikan, antaranya daripada artis grafik Fahmi Reza yang membuat imej menyindirnya.

Sumber : Malaysiakini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: