Tiada pajakan melombong baharu di Tasik Chini diluluskan

KUANTAN: Tiada lagi kelulusan baharu pajakan melombong diberikan di kawasan Tasik Chini oleh kerajaan negeri selepas Mac 2019.

Perkara itu disahkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang selepas dakwaan terdapat bukti pajakan melombong baharu diluluskan pada 2020, menerusi laman media sosial Facebook 14 Jun lalu.

Pejabat itu dalam kenyataannya memaklumkan, berdasarkan semakan, pajakan melombong yang dimaksudkan diluluskan 11 Disember 2013 dan didaftarkan atas nama Takas Supply & Resources Sdn. Bhd. pada 17 September 2020.

“Tindakan pendaftaran ini mengambil masa kerana terlibat dengan permohonan penukaran nama dan penyediaan pelan pra hitungan serta pelan akui dalam menentukan had sempadan kawasan lombong.

“Namun bagi tujuan pengoperasian lombong, permohonan Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) oleh Takas Supply & Resources Sdn. Bhd. telah ditolak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) pada 28 April lalu,” katanya.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut turut menjelaskan penggunaan ‘tahun’ pada nombor pajakan melombong yang didaftarkan adalah merujuk kepada tahun sesuatu pajakan melombong itu didaftarkan dan bukan tahun pajakan melombong diluluskan.

“Tempoh pajakan melombong dan tempoh operasi adalah dua perkara yang berbeza.

“Operasi melombong hanya boleh dimulakan setelah mendapat kelulusan SKSPM yang dikeluarkan oleh JMG mengikut tempoh tertentu,” katanya.

Sumber : Utusan Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: