106 kilang diarah tutup

KUALA LUMPUR – Sebanyak 106 kilang diarah tutup kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 1 Jun lalu hingga Khamis.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan penutupan itu dikeluarkan hasil pemerikaan dilakukan ke atas 486 kilang oleh pasukan Task Force Operasi Pematuhan.

“Secara kumulatifnya, sebanyak 24,928 kilang dan premis perniagaan telah diperiksa sejak 14 Januari lalu melibatkan 22,819 premis perniagaan dan 2,109 kilang.

“Sehingga kini, sebanyak 160 kilang dan 17 premis bukan kilang telah diarahkan tutup,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, operasi pemantauan itu dilakukan untuk memastikan sektor perkilangan dan perniagaan mematuhi SOP PKP menyeluruh yang dikuatkuasakan.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan memberitahu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerima sebanyak 382 aduan yang memerlukan tindakan penguatkuasaan daripada pelbagai kementerian atau agensi dari 6 hingga 18 Jun.

Katanya, daripada jumlah itu, aduan tertinggi yang direkodkan adalah melibatkan pelanggaran arahan had peratusan kehadiran pekerja ke premis pekerjaan iaitu sebanyak 98 aduan, non-essential (77 aduan) dan kategori ketidakpatuhan SOP am (60).

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, seramai 759 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP pada Khamis.

“Daripada jumlah itu, seramai 711 individu dikompaun manakala 48 lagi individu direman.

“Kesalahan itu melibatkan kegagalan merekod butiran diri atau daftar masuk premis sebanyak 140 kes, tiada penjarakan fizikal (136 kes), tidak memakai pelitup muka (135 kes) serta rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran dan makan di premis (123 kes),” katanya.

Katanya, turut direkodkan kesalahan tidak patuh arahan kawalan pergerakan (94 kes), membawa penumpang berlebihan (55 kes), premis gagal patuhi arahan (14 kes) dan lain-lain (62 kes).

SUMBER : Sinar Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: