Bomba Kelantan urus 177 jenazah Covid-19 dalam sebulan

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan ketika ini terpaksa bertungkus-lumus menguruskan jenazah mangsa jangkitan Covid-19 selepas berlaku peningkatan mendadak kematian sejak sebulan lalu.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, beliau mengakui bahawa jabatannya perlu menguruskan sebanyak 177 jenazah sejak bulan lalu dan jumlah itu menunjukkan peningkatan dua kali ganda berbanding jumlah keseluruhan mangsa.

Katanya, sejak setahun lalu, bomba hanya menguruskan sebanyak 85 jenazah Covid-19 dan jumlah itu meningkat kepada 177 dalam tempoh sebulan.

“Kini, kita sudah menguruskan sebanyak 262 jenazah Covid-19 di seluruh Kelantan. Malah, anggota bomba pernah menguruskan sebanyak 10 jenazah Covid-19 dalam sehari sejak sebulan lalu.

“Sepanjang tahun lalu, kita hanya menguruskan sebanyak 12 jenazah. Bilangan jenazah mula meningkat pada bulan Januari hingga hujung April tahun ini iaitu 73 orang. Peningkatan kematian meningkat mendadak kepada 177 orang dalam tempoh sebulan lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir bersama anggota jabatan itu yang menjalankan kerja-kerja sanitasi di beberapa pejabat media di sini hari ini.

-K! ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: