Isu poster ‘sardin’: Polis buka siasatan terhadap Fahmi Reza

IPOH: Polis membuka siasatan terhadap aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza berhubung kontroversi poster ‘sardin dan ayam’ melibatkan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ia susulan laporan polis yang dibuat Pemuda UMNO Perak kerana didakwa berunsur fitnah dan sengaja menimbul kebencian terhadap Saarani.Menurutnya, Fahmi dan individu lain yang terbabit dalam kes itu turut akan dipanggil untuk diambil keterangan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya di sini hari ini.Semalam, Ketua Pemuda UMNO Perak, Mohd Ariff Abdul Majid membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar terhadap Fahmi berhubung poster memaparkan Saarani dengan kapsyen ‘kita dah bagi makan sardin, jangan gatal nak mintak ayam pulak’.Hantaran tersebut dipercayai merujuk kepada kenyataan Saarani sebelum ini berkaitan isu pemberian telefon pintar percuma kepada pelajar kurang berkemampuan di negeri ini.

Menurut Mohd Ariff, poster berkenaan memberi gambaran seolah-olah Saarani bersikap angkuh dalam isu pemberian telefon pintar itu kepada pelajar-pelajar berkenaan.

Terdahulu, beberapa pihak telah mengecam usaha kerajaan negeri Perak memberi telefon pintar percuma yang disumbangkan sebuah yayasan kepada pelajar golongan B40 melalui insentif Tuisyen Cikgu Saarani.Mereka mendakwa telefon itu berkualiti rendah walaupun telah diperjelaskan bahawa ia sesuai untuk program Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Sumber : Astro Awani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: