Sabah sedia adakan sidang DUN jika keadaan mengizinkan – Ketua Menteri

Kerajaan Sabah sedia untuk mengadakan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bila-bila masa sekiranya keadaan mengizinkan, kata Ketua Menteri, Hajiji Noor.

Hajiji berkata beliau telah berbincang dengan Speaker DUN Sabah, Kadzim Yahya semalam susulan kenyataan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.

“Kerajaan negeri akan meminta nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu dan sedia untuk bersidang semula dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.

DUN Sabah kali terakhir bersidang pada 18, 21, 22 dan 23 Dis tahun lepas, menyaksikan Hajiji membentangkan Belanjawan Negeri Sabah 2021 pada 18 Dis sebelum diluluskan pada 23 Dis.

Sumber : Malaysiakini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: