Wanita koma didera kini dalam jagaan keluarga

SEREMBAN: Wanita hamil 12 minggu yang koma akibat dipukul suaminya, kini dijaga oleh adiknya yang berasal dari Bandar Sri Sendayan, dekat sini.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) memaklumkan, Jahidah Nordin, 43, kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban atas permintaan keluarga selain mendapat nasihat daripada pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Adiknya, Fazariah Nordin, ketika ditemui tengah hari tadi memaklumkan Jahidah awalnya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA.

“Bagaimanapun, dia dipindahkan ke HTJ atas permintaan keluarga dan nasihat pihak HSA,” kata MAINS dalam kenyataan di laman Facebook, hari ini.

Kenyataan itu menyebut, MAINS melalui Unit Khidmat Kesihatan menghulurkan bantuan wang tunai sebagai permulaan dan mengambil beberapa maklumat lain bagi bantuan seterusnya.

Pada 17 Mei lalu, Jahidah yang juga penjawat awam dan bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor, dikejarkan ke HSA selepas dipercayai dicederakan suaminya.

Mangsa cedera parah dan sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak.

Suami mangsa, Rosmaini Abd Raof, 38, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini, dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan isteri ketiganya itu. – Sumber : BHOnline

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: