Perancah besi lebuh raya runtuh, 2 cedera

SUNGAI BULOH: Dua pekerja warga asing cedera selepas perancah besi yang digunakan dalam pembinaan Lebuhraya Sungai Buloh-Kota Damansara runtuh malam tadi.

Kedua-dua mangsa berusia dalam lingkungan 20-an dan 40-an cedera selepas terkena serpihan batu konkrit dan kerangka besi.null

Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata kejadian itu berlaku sekitar pada jam 7.10 malam sebelum pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 7.13 malam.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum tiba di lokasi jam 7.27 malam.

“Setibanya di lokasi pasukan bomba memberi rawatan awal kepada mangsa dan mereka berada dalam keadaan selamat dan hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norazam berkata kedua-dua mangsa warga Bangladesh itu sedang bekerja di bawah tapak pembinaan setinggi 12 meter itu.

“Kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an itu telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh menaiki ambulans,” katanya.

Norazam memaklumkan tiada mangsa lain terbabit dalam insiden itu dan operasi tamat pada jam 7.34 malam.

Sumber : BH Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: