PUJIAN HALIMAH: ‘ACTION BEYOND POLITIC’

Oleh: Ahmad Roi

“Bukan semua Menteri boleh buat macam Menteri KPKT kerana ada Menteri apabila usaha permulaannya diusahakan dan dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu, kebanyakan Menteri akan batal atau tangguhkan”, puji Halimah Sadique kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Ketika itu, Zuraida Kamaruddin yang merupakan ahli parlimen tiga tahun berturut-turut di Ampang baru diangkat sebagai Menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) setelah kerajaan Barisan Nasional tumbang dalam PRU-14.

Halimah turut ucapkan tahniah kepada Zuraida atas jiwa besarnya meneruskan kesinambungan usaha yang telah dimulakan oleh mantan Menteri KPKT, Noh Omar.

Pujian Halimah membuktikan pemimpin yang meneraju KPKT ini serius bekerja – tidak bermain dengan politik kepartian.

Pujian ini berasas. Penglibatan Zuraida sebagai peneraju KPKT membuah hasil. Hasilnya, pada tahun 2019 sahaja KPKT telah menyediakan 3,701unit rumah PPR bagi kumpulan sasaran B40, 4,577 unit rumah untuk penjawat awam dan 29,461 rumah telah terjual melalui kempen Home Ownership Campaign (HOC).

Pencapaian ini telah membantu lebih 35,000 keluarga mendapatkan tempat perlindungan sendiri (bukan sewaan) khususnya dari golongan B40 – tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.

Pada akhir 2020 pula, sebanyak 29,701 Rumah Mampu Milik (RMM) telah siap, 64,887 dalam pembinaan manakala 73,873 dalam perancangan di bawah Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM).

Pelik bukan, ketika politik sarat kepartian hari-hari menceritakan tentang pergolakan dan kepentingan, Zuraida Kamaruddin terus bekerja. Rumah-rumah terus dibangunkan. Tahniah YB!

Ahmad Roi seorang penganalisa politik semasa bertaraf amatur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: