Anggota bomba dikasari, masyarakat wajar hargai peranan bomba.

Gempar berita anggota bomba dipukul dan dikasari semasa sedang bertugas memadam kebakaran berlaku pada hari Sabtu (19 Jun 2021).

Ia suatu kejadian yang jarang terjadi ke atas anggota bomba yang bertugas memadam kebakaran, namun tindakan individu memukul itu tidak menghormati tugasan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Menurut laporan berita yang disiar oleh Sinar Harian (Anggota bomba diserang, didakwa lewat tiba padam kebakaran https://newswav.com/A2106_tuS0lw?s=A_iPFbkM3) kejadian ini berlaku di Kampung Belipat, Jalan Punang di Lawas, Sarawak.

Insiden berlaku ketika anggota terbabit yang sedang terlibat dalam kerja-kerja pemadaman kebakaran sebuah rumah setingkat ditumbuk seorang lelaki dari arah belakang.

Seorang lagi lelaki pula bertindak memarahi pasukan bomba yang didakwanya lewat tiba.

Susulan kejadian, anggota bomba terbabit yang cedera ringan telah membuat laporan polis pada Sabtu.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu hari ini.

Terdahulu, pasukan Bomba dan Penyelamat Lawas menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 3.18 petang.

Sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota kemudian bergegas ke lokasi yang terletak enam kilometer dari balai.

Ketika bomba tiba, kata Ling Hii, sebahagian besar rumah yang berstruktur tidak kekal itu sudah musnah.

Setiap anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mempunyai peranan dan tanggungjawab berdasarkan disiplin serta profesionalisme tugas. Atas faktor disiplin dan tanggungjawab, anggota bomba tetap melaksanakan operasi walaupun berlaku halangan dan cabaran seperti ini.

Masyarakat wajar menghargai anggota bomba yang menjadi ‘barisan hadapan’ berdepan bencana dan menanggani kemalangan. Tindakan individu mengkasari anggota bomba yang bertugas adalah suatu bentuk tindakan menghalang tugas anggota beruniform.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: