Euro 2020: Jerman belasah Portugal, saingan terbuka Kumpulan F

20 Jun 2021: Saingan Kumpulan F yang merupakan kumpulan maut Euro 2020 kini terbuka kepada semua pasukan untuk mara ke pusingan seterusnya.

Awal pagi ini, Jerman membelasah Portugal 4-2 bagi meraih tiga mata kemenangan pertama yang sebelum itu tewas kepada Perancis semasa perlawanan pembukaan kumpulan pada 16 Jun 2021.

Portugal menjaringkan gol awal melalui penyerang sensasi, Christiano Ronaldo pada minit 15 mendahului Jerman. Namun kelonggaran pertahanan Portugal gagal mengimbangi permainan pantas Jerman yang terus menerus mengasak sehingga pemain-pemain pertahanan Portugal melakukan kesilapan.

Asakan pantas Jerman menyebabkan Portugal menghadiahkan dua gol sendiri kepada Jerman pada minit 35 jaringan Dias dan Guerreiro pada minit 39 untuk Jerman mendahului dua gol pada separuh masa pertama.

Jerman tidak menunggu lama selepas separuh masa kedua bermula apabila menjaringkan gol melalui pemain sayap Kai Haverts minit ke 51. Sembilan minit kemudian Robin Gosens menghasilkan jaringan keempat untuk Jerman mendahului selesa 4-1.

Portugal terus berusaha untuk menyaingi Jerman dan berhasil menjaringkan gol pada minit 67 melalui Diogo Jota. Namun begitu beberapa gerakan pantas Portugal yang diketuai oleh Ronaldo gagal mengejar jaringan seterusnya.

Kemenangan membenam Portugal ini telah meletakkan Jerman di kedudukan kedua Kumpulan F dengan kelebihan jaringan walaupun mengutip tiga mata sama dengan Portugal.

Manakala satu lagi perlawanan Kumpulan F sebelum itu antara Hungary lawan Perancis berkesudahan seri 1-1. Perancis gagal mengambil kesempatan mengutip mata penuh untuk mengukuhkan kedudukan teratas kumpulan.

Peluang setiap pasukan dalam kumpulan maut ini masih terbuka dan pasti lebih menarik dalam perlawanan terakhir kumpulan pada 24 Jun nanti. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: