JPSPN YANG TIDAK ADA MASA UNTUK GERAM

Oleh: Ahmad Roi

Bersandarkan pada statistik, purata orang Malaysia handal membuat sampah. Data SWCorp menunjukkan rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 37,890 tan sisa setiap hari dengan sekurang-kurangnya 1.17 kilogram (kg) dijana bagi setiap individu.

Lebih malang, statistik juga menunjukkan orang Malaysia malas mengasing atau menguruskan sampah bagi tujuan kitar semula sampah yang dihasilkan. Pada 2018, hanya 10 peratus daripada 1.25 juta kediaman bertingkat melaksanakan pengasingan sisa pepejal premis masing-masing meskipun sudah tiga tahun peraturan itu dikuatkuasakan.

Ini bermakna penghuni di 1,125,000 premis bertingkat masih liat menjadikan pengasingan sampah sebagai amalan.

Tentu kita geram bila berhadapan dengan situasi masyarakat begini. Namun, dengan cabaran wabak COVID-19 pada 2020 membuatkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepajal Negara (JPSPN) tidak ada masa untuk geram.

Hasilnya pada tahun ini JPSPN telah mencatatkan Kadar Kitar Semula Kebangsaan paling tinggi dalam sejarah program kitar semula, sebanyak 30.67 peratus (4.267 juta tan). Bukan saja catatan tertinggi, malahan kadar Kitar Semula Kebangsaan tahun ini telah melepasi sasaran 30 peratus.

Antara jenis sisa kitar semula yang terkumpul ialah plastik (2.76 juta tan), kertas (0.513 juta tan), logam (0.934 juta tan), kaca (0.05 juta tan) dan lain-lain (0.01 juta tan).

Semoga data dan statistik ini memberi kita keinsafan untuk menjadi warganegara yang baik sebelum membuang sampah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: