MAAIMUS dedah kemahiran ultrabunyi memerangi Covid-19

19 Jun 2021: Satu webinar anjuran Persatuan Malaysian Advanced Acute Internal Medicine and ultrabunyi Society ( MAAIMUSS ) hari ini telah mendedahkan teknik mengesan dan merawat Covid-19 melalui mesin imbasan bunyi (ultrasound).

MAAIMUS merupakan institusi bagi perubatan dalaman maju dan akut (AAIM) di bawah penaung DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

Menurut Presiden MAAIMUS, Profesor Datuk Seri Dr Paras Doshi kursus kemahiran yang diadakan ini mampu mengurangkan beban kerja petugas barisan hadapan khususnya di unit rawatan rapi (ICU).

Beliau yang juga salah seorang penceramah dalam webinar kursus pemgimbasan ultrabunyi dan jantung berkata pendekatan konfrehensif ini dapat mengesan awal penyakit jantung yang dialami oleh pesakit Covid-19, malah juga pesakit bukan kes Covid-19.

“Disebabkan ramai pesakit yang datang sekarang tidak semestinya Covid-19, boleh dirujuk kepada fasiliti bukan Covid-19. Dengan ini kita dapat menjimatkan tempat di ICU dan keperluan logistik lain supaya ia dapat digunakan oleh pesakit Covid-19 yang benar-benar memerlukannya.” kata beliau dalam webinar.

Presiden MAAIMUS, Profesor Datuk Seri Dr Paras Doshi

Tambah beliau lagi setiap imbasan akan dirujuk kepada doktor pakar tertentu tanpa perlu memindahkan pesakit yang dirawat di klinik kesihatan pedalaman ke hospital besar.

Lebih 50 doktor dari pelbagai bidang dan kepakaran seluruh negeri telah menyertai webinar ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah dalam webinar, kaedah pemeriksaan kesihatan itu bukan sahaja mengurangkan masa kritikal semasa rawatan tetapi juga mengurangkan pendedahan patogen berikutan peralatan yang digunakan di wad atau fasiliti lain.

“Ultrabunyi terhadap paru-paru mampu mengesan keabnormalan yang mana akses kepada imbasan CT adalah sedikit atau mungkin mendedahkan pesakit lain. Ekokardiografi di sisi katil berperanan dalam pengimejan penyebab renjatan dan semua ini dapat dilakukan dengan peranti bersaiz poket,” titahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: