Mobilasi sukarelawan vaksinasi digerakkan di Pulau Pinang

20 Jun 2021: Inisiatif sukarelawan yang membantu gerakan Vaksinasi Kebangsaan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kini dilaksanakan di Pulau Pinang.

Minggu lalu, mobilasi sukarelawan ini telah dimulakan di Ampang. Gerakan mobilasi vaksinasi adalah suatu usaha KPKT membantu kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia mencapai sasaran 80 peratus ‘herd immunity’ menjelang Oktober tahun ini.

Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah melancarkan Mobilasi Vaksin Komuniti (MOVAK) iaitu inisiatif bersepadu bagi menyelaras gerak kerja Program Pemberian Dos Vaksin melalui unit-unit MOVAK iaitu Unit Panggilan, Unit Mobilasi, Unit Jangkauan Komuniti dan Unit PPV Bergerak.

Beliau telah turun ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balik Pulau, Pulau Pinang semasa lawatan kerja Mobilasi Vaksin Komuniti (MOVAK) pagi semalam.

Pelancaran MOVAK ini juga akan turut mengaktifkan NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) sebagai nadi sukarelawan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Pulau Pinang.

Inisiatif sukarelawan melalui MOVAK ini melibatkan gandingan bersama Kementerian Perpaduan Negara yang diterajui oleh YB Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Gandingan bersama dua kementerian ini seiring dengan arahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu semua jentera kementerian digerakkan bagi membantu gerakan Vaksinasi Kebangsaan untuk mencapai sasaran 80 peratus’herd immunity’menjelang Oktober tahun ini. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: