Pelan Pemulihan Negara: Lebih 5.5 juta sudah divaksin

PUTRAJAYA: Satu daripada tiga indikator yang ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Negara untuk beralih daripada fasa satu ke fasa kedua diyakini dapat dicapai dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, ketika mengumumkan perkembangan itu berkata liputan vaksin setakat kelmarin menyaksikan 5,510,720 dos suntikan pelalian sudah diberikan, merangkumi 3,957,687 penerima dos pertama dan 1,553,033 penerima dos kedua.

Selaras prestasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu, katanya, 11.97 peratus populasi di Malaysia menerima dos pertama vaksin, manakala 3.37 peratus sudah lengkap dengan dua dos suntikan pelalian.

“Mengikut unjuran Pembendungan Risiko, Pendedahan dan Jangkitan (SEIR), saya optimis dengan langkah sekatan pergerakan penuh (Perintah Kawalan Pergerakan 3.0) dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), kadar purata kes dalam tempoh tujuh hari akan turun ke paras bawah 4,000 dalam masa terdekat.null

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Negara, Selasa lalu, berkata kerajaan menetapkan tiga indikator dalam nilai ambang untuk dicapai dalam setiap fasa sehingga fasa keempat akhir tahun ini.

Stadium Nasional Bukit Jalil dijadikan PPV bermula Isnin ini dengan kemampuan kapasiti sehingga 10,000 suntikan sehari. Seluruh trek balapan stadium menjadi ruang vaksinasi. - Foto NSTP /ROHANIS SHUKRI
Stadium Nasional Bukit Jalil dijadikan PPV bermula Isnin ini dengan kemampuan kapasiti sehingga 10,000 suntikan sehari. Seluruh trek balapan stadium menjadi ruang vaksinasi. – Foto NSTP /ROHANIS SHUKRI

Tiga indikator itu adalah purata kes harian COVID-19, penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) dan kadar vaksinasi.

Mengikut pelan itu, negara boleh memasuki fasa kedua, bulan depan jika purata kes harian turun ke bawah 4,000 kes, katil ICU di tahap sederhana berbanding tahap kritikal ketika ini dan 10 peratus populasi divaksin.

Mengikut laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) purata pemberian vaksin harian negara kini mencecah di antara 180,000 hingga 220,000 sehari, melepasi sasaran 150,000 sehari yang ditetapkan untuk Jun.

Dr Adham berkata, jika momentum kadar vaksinasi itu dikekalkan, beliau yakin sasaran 60 peratus populasi divaksin menjelang November/Disember (fasa keempat) seperti dinyatakan dalam Pelan Pemulihan Negara dapat dicapai.

Kementerian Kesihatan (KKM) menyasar sekurang-kurangnya 26 juta penduduk diberi vaksin menjelang akhir tahun ini bagi mencapai imuniti kelompok.

“Kini, KKM sedang merangka strategi bagi melaksanakan pemberian vaksin kepada kumpulan berusia 12 hingga 17 tahun yang membabitkan seramai 3.5 juta orang,” katanya dalam temu bual khas di sini, hari ini.

Warga emas hadir untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 sempena Program Outreach Pemberian Vaksin COVID-19 oleh Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, di  Balai Rakyat Padang Tembak, Pulau Pinang. - Foto NSTP/DANIAL SAAD
Warga emas hadir untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 sempena Program Outreach Pemberian Vaksin COVID-19 oleh Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, di Balai Rakyat Padang Tembak, Pulau Pinang. – Foto NSTP/DANIAL SAAD

Seiring matlamat digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara, Dr Adham berkata, usaha KKM bagi melandaikan lengkuk COVID-19 dibuat berdasarkan lima strategi yang dibangunkan pada Januari lalu.

Ia merangkumi usaha memutuskan rantaian penularan jangkitan, mengurangkan kadar kematian, memperkukuhkan diagnostik dan survelan untuk mengesan kes COVID-19 secara lebih awal, mencapai imuniti kelompok serta meningkatkan kesedaran dan pembudayaan norma baharu.

“Segala usaha berteraskan prinsip whole of government (keseluruhan kerajaan) di mana semua agensi kerajaan turut membantu mencapai satu matlamat sama iaitu untuk kembali ke zaman sebelum pandemik COVID-19,” katanya.

Sumber : BHOnline

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: