Euro 2020: Itali, Wales melangkah ke pusingan kalah mati

21 Jun 2021, BAKU: Itali dan Wales melangkah ke pusingan kalah mati selepas perlawanan ketiga Kumpulan A awal pagi tadi.

Kedua-dua pasukan ini dan Belanda merupakan tiga pasukan terawal layak ke pusingan kalah mati Euro 2020. Peringkat kalah mati akan melibatkan 16 pasukan.

Itali mengalahkan Wales dengan keputusan 1-0. Gol tunggal perlawanan telah dijaringkan oleh pemain pertahanan, Matteo Pessina pada minit 39.

Walaupun tewas, Wales turut layak dengan kedudukan kedua Kumpulan A berkelebihan satu jaringan berbanding Switzerland. Wales seri dengan Switzerland pada perlawanan pertama dan menumpaskan Turki dalam perlawanan kedua.

Xherdan Shaqiri

Switzerland pula walaupun memenangi perlawanan awal pagi tadi membenam Turki 3-1, perlu menunggu keputusan kumpulan lain samada layak sebagai empat pasukan terbaik bagi kedudukan ketiga untuk mara ke pusingan kalah mati.

Penyerang sensasi Switzerland, Xherdan Shaqiri telah menjaringkan dua gol pada minit 26 dan 68 bagi membantu kemenangan pasukan. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: