Gandingan dua menteri wanita, nadi penggerak MOVAK

MOVAK adalah singkatan kepada Mobilasi Vaksin Komuniti yang telah dilancarkan pada 19 Jun 2021 lalu oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balik Pulau, Pulau Pinang.

Program ini adalah suatu usahasama gandingan dua kementerian iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama Kementerian Perpaduan Negara yang diterajui oleh YB Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Gandingan dua menteri wanita ini sangat menarik kerana kedua-duanya telah menyerlahkan usaha jitu kerajaan meningkatkan pemberian dos vaksin kepada rakyat bagi mencapai sasaran 80 peratus ‘herd immunity’menjelang Oktober tahun ini.

Penglibatan dua kementerian ini bertepatan dengan arahan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu semua jentera kementerian digerakkan bagi membantu gerakan Vaksinasi Kebangsaan.

Ia adalah inisiatif serius dalam mempercepatkan proses vaksinasi yang sebelum ini bermula perlahan dan berlaku isu koordinasi. Namun melalui perlaksanaan MOVAK, ia akan membantu mempercepatkan gerakan melalui penglibatan sukarelawan vaksinasi.

Institusi dan agensi yang berada di bawah kedua-dua kementerian seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), Rukun Tetangga dan NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) antara yang bakal digerakkan membantu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) secara akar umbi.

MOVAK mempunyai beberapa unit yang dibentuk bagi menyelaras gerak kerja vaksinasi di peringkat masyarakat. Unit-unit tersebut adalah Unit Panggilan, Unit Mobilasi (pengangkutan), Unit Jangkauan Komuniti dan Unit PPV Bergerak.

Kawasan sasaran MOVAK adalah 283 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh Semenanjung Malaysia.

Beberapa rakan strategik menjayakan inisiatif MOVAK ini melibatkan rakan strategik koporat & NGO iaitu PRIMA dan MAPIM, rakan strategik komuniti iaitu KRT dan PKN. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: