Pegawai Taiwan dipaksa tinggalkan Hong Kong

TAIPEI: Perwakilan rasmi Taiwan di Hong Kong terpaksa pulang ke negaranya kelmarin selepas pemerintah bandar itu menuntut mereka menandatangani satu dokumen yang mengakui prinsip ‘One China’ Beijing, menurut agensi tertingginya.

Majlis Hal Ehwal Tanah Besar Taiwan menyatakan, pegawainya di pejabat ekonomi dan budaya Taipei di Hong Kong, terpaksa meninggalkan bandar itu ekoran gangguan politik tidak masuk akal yang dikenakan kerajaan Hong Kong.

Agensi Berita Pusat Taiwan memetik sumber tanpa nama menyatakan visa tujuh daripada lapan kakitangan di pejabat itu akan tamat.

Bagi memperbaharui visanya, mereka dituntut menandatangani dokumen itu atau meninggalkan bandar sebelum hari ini.

Majlis itu menyatakan kerajaan Hong Kong juga sudah mula membuat tuntutan politik dari pejabat perwakilannya sejak 2018 dan perjawatan ketua pejabat yang baru, Lu Chang-shui, masih belum disahkan biarpun sudah dilantik pada tahun itu.

Kepulangan kakitangan Taiwan di Hong Kong berlaku selepas kerajaan Macau mengumumkan Rabu lalu mereka akan menghentikan operasi pejabat perwakilannya di Taiwan.

Macau mengikuti jejak Hong Kong dengan menghentikan pejabat perwakilannya di Taiwan pada 18 Mei.

Taiwan dan Tanah Besar China diperintah secara berasingan sejak mereka berpecah di tengah-tengah perang saudara pada 1949.

Sejak itu Beijing menganggap Taiwan sebagai wilayah terpisah yang menanti untuk disatukan kembali secara paksa, jika perlu. – BH ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: