‘Ada nelayan jadi tali barut bawa masuk PATI’

LANGKAWI: Ada dalam kalangan nelayan di sini dipercayai menjadi tali barut sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI) ke pulau peranginan itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata pihaknya menerima makluman awal mengenai perkara itu, selain mengesan sindiket membawa masuk PATI dari negara jiran.DISYORKAN UNTUK ANDA

“Risikan mendapati, sebilangan kecil komuniti nelayan tempatan bekerjasama dengan sindiket itu tanpa dapat dikesan pihak berkuasa.

“Mereka bekerjasama dengan sindiket ini di tengah-tengah laut dan membawa masuk PATI menggunakan bot,” katanya pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Terdahulu, Hamzah bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, melawat serta memantau beberapa lokasi sekitar pulau itu.

Hadir sama, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud; Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Mohd Zubil Mat Som, dan Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Hamzah berkata, Polis Diraja Malaysia, Maritim Malaysia dan National Task Force untuk membantu dan mengekang kemasukan PATI.

“Dahulu mereka masuk ke negara ini menggunakan bot besar, tapi sekarang dah tukar strategi dengan menetap sementara di pulau kecil bagi memerhati pergerakan pihak berkuasa.

“Mereka akan menunggu masa sesuai dan bila tiada rondaan, mereka masuk sedikit demi sedikit menggunakan bot yang dibawa sindiket.

“Apabila mereka tiba di perairan negara, ada orang sudah menunggu untuk mengambil mereka,” katanya.

Hamzah berkata, pertemuan diadakan dengan beberapa persatuan nelayan dan masyarakat nelayan setempat bagi memberi penerangan supaya tidak terbabit dengan jenayah sedemikian.

Sementara itu, beliau berkata, Maritim Malaysia dan Pasukan Sempadan Australia (ABF) kini mengadakan operasi bersama di perairan utara Selat Melaka.

Katanya, Ops Redback yang memasuki edisi ke-15 itu berlangsung selama seminggu membabitkan perairan sekitar Kuala Kedah, Perlis dan Langkawi.

“Kerjasama dalam operasi ini ditandatangani antara Australia dan Malaysia pada 2011 dalam memerangi ancaman keselamatan maritim, khususnya isu penyeludupan dan pemerdagangan manusia,” katanya. – BERITA HARIAN ONLINE

Oleh Hamzah Osman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: