‘Bekalan vaksin dibeli, masih belum tiba’

TANGKAK: Kerajaan sudah membeli dan membayar bekalan vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan rakyat di negara ini, namun masih belum menerima bekalan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, sudah diarah supaya meminta pembekal menghantar segera bekalan vaksin COVID-19 itu.

Katanya, langkah itu perlu kerana beliau sudah meninjau beberapa PPV di beberapa lokasi yang sudah dibuka dan diuruskan dengan baik, namun menghadapi masalah bekalan vaksin tidak mencukupi serta perlu ditambah.

“Beberapa PPV juga bersedia meningkatkan kapasiti pemberian vaksin, namun tidak dapat berbuat demikian kerana jumlah vaksin tidak cukup.

“Kerajaan sudah beli dan bayar, namun bekalan vaksin ditempah itu belum sampai, malah seluruh dunia sekarang juga perlukan vaksin.

“Saya sudah arahkan menteri bertanggungjawab meminta pembekal menghantar vaksin dengan segera. Jika pengilang keluarkan lebih banyak vaksin, kerajaan harap bekalan vaksin lebih banyak akan dihantar ke negara ini dengan lebih cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau PPV Dewan Muafakat Bukit Gambir, di sini, hari ini. – BERITA HARIAN ONLINE

Oleh Mohamed Farid Noh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: