Empat unit nadi penggerak MOVAK

Pelancaran program Mobilasi Vaksin Komuniti (MOVAK) pada 19 Jun 2021 lalu adalah suatu usaha besar yang dicetuskan melalui kerjasama strategik dua kementerian; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bergandingan dengan Kementerian Perpaduan Negara.

Dua tokoh wanita yang mengetuai kementerian ini iaitu YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin dan YB Datuk Halimah Mohamed Sadique. Kedua-dua ‘wanita besi’ dalam kerajaan Perikatan Nasional ini telah memberi kesan penting untuk membantu gerakan Vaksinasi Kebangsaan melalui MOVAK.

Gerakan MOVAK berteraskan empat unit yang dibentuk bagi melaksanakan dan menyelaras mobilasi melibatkan tenaga sukarelawan daripada NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN).

Peranan empat unit yang menjadi nadi penggerak MOVAK ini perlu difahami supaya masyarakat dapat bekerjasama menjayakan gerakan Vaksinasi Kebangsaan. Empat unit ini adalah:

UNIT PANGGILAN

Lima (5) sukarelawan PKN yang berpusat di PPV akan membuat panggilan telefon penerima-penerima vaksin;

1-Penerima vaksin keesokan hari: Yang belum membuat pengesahan.

2-Penerima vaksin dos kedua yang belum membuat pengesahan.

3-Penerima dos pertama yang telah tidak hadir pada tarikh temujanji.

Unit Panggilan akan mendapatkan input status keperluan kenderaan penerima vaksin dari kediaman mereka ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

UNIT MOBILISASI

Kenderaan yang berpusat di Pusat Khidmat atau mana mana lokasi sesuai yang bertugas, akan berperanan mengambil dan menghantar penerima suntikan ke PPV.

Unit ini akan menjalankan tugas setelah menerima input daripada Unit Panggilan. Kenderaan mobilisasi turut dilengkap dan tugasan ini melibatkan Sukarelawan PKN.

UNIT JANGKAUAN KOMUNITI dan UNIT PPV BERGERAK

Kedua-dua unit ini bertugas untuk menjalankan kempen tentang kepentingan vaksinasi dan mendaftarkan penduduk bagi mendapatkan suntikan.

Unit Jangkauan dan Unit PPV Bergerak akan bergandingan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui COB bagi mendapatkan senarai nama penduduk di kawasan berstrata.

Selain daripada itu kedua-dua unit ini juga akan menjalankan kerjasama dengan KRT dan SRS bagi mendapatkan senarai nama serta melakukan tugasan jangkauan komuniti di kawasan-kawasan berstrata.

Program MOVAK yang dilancarkan baru-baru ini di Balik Pulau, Pulau Pinang akan juga dilaksanakan di 283 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh Semenanjung Malaysia.

Gerakan besar-besaran mobilasi melalui MOVAK ini dijangka membantu kerajaan mencapai sasaran 80 peratus ‘herd immunity’ menjelang Oktober tahun ini. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: