Euro 2020: Denmark lakar kemenangan bergaya, mara pusingan kalah mati

22 Jun 2021: Denmark yang bermula langkah kiri kempen Euro 2020 telah melakar kemenangan bergaya menewaskan Russia dengan jaringan besar 4-1.

Tewas dua perlawanan kumpulan ketika bertemu Finland dan Belgium sebelum itu telah meletakkan Denmark di kedudukan terbawah Kumpulan B.

Namun perlawanan awal pagi tadi memperlihatkan permainan pantas Denmark menyaingi Russia. Denmark menghasilkan jaringan awal pada minit 38 oleh pemain penyerang muda, Mikkel Damsgaard.

Denmark terus menggandakan gerakan pada separuh masa kedua dan mendahului dengan jaringan 2-0. Jaringan gol kedua muncul pada minit 59 melalui pemain kelab RB Leipzig, Yussuf Yurary Poulsen.

Russia mendapat peluang selepas diberi sepakan penalti setelah pemain pertahanan Denmark, Jannik Vestergaard menjatuhkan pemain Russia, Sobolev dalam kawasan penalti pada minit 68. Sepakan penalti ini mudah dijaringkan oleh kapten Russia, Artem Dzyuba minit ke-70.

Andreas Christensen merembat bola dari luar kawasan D gol Russia setelah berlaku aksi merebut bola dengan pemain-pemain pertahanan Russia. Gol minit 79 ini memberi kelebihan jaringan buat Denmark mendahului 3-1.

Denmark melengkapkan kemenangan bergaya melalui jaringan keempat minit ke 82 yang disumbat oleh pertahanan mereka, Joakim Maehle.

Walaupun berkongsi tiga mata hasil satu kemenangan daripada tiga perlawanan kumpulan, Denmark layak berdasarkan kelebihan jaringan berbanding Russia dan Finland.

R. Lukaku, penyerang Belgium

Denmark mengiringi juara Kumpulan B, Belgium mara ke pusingan kalah mati. Belgium menggandakan kemenangan bagi rekod bersih menang kesemua perlawanan kumpulan menewaskan Finland dengan keputusan 2-0. _PPI Sukan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: