‘Jangan menyerah kalah Hafizh Syahrin’

Kuala Lumpur: Pengurus pasukan NTS RW Racing GP, Jarno Janssen percaya kemampuan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang sentiasa memberi persembahan terbaik.

Menurut Janssen, dia tidak mahu Hafizh terus menyerah kalah terutama selepas gagal memungut mata di perlumbaan Grand Prix (GP) Jerman hujung minggu lalu.

“Terus berusaha dan jangan menyerah kalah Hafizh Syahrin. Kami sentiasa memuji usaha anda setiap kali turun ke litar untuk berlumba,” katanya dalam media sosial, Facebook.

Ujarnya, beliau tidak sabar untuk melihat bekas pelumba MotoGP itu kembali beraksi di GP Belanda hujung minggu ini yang juga gelanggang sendiri buat pasukan di Litar Assen.

Semalam Hafizh menyatakan kekecewaan kerana tidak meraih sebarang mata di Litar Sachsenring dalam perlumbaan GP Jerman kelmarin.

Menurut pelumba NTS RW Racing GP, dia tidak dapat menggunakan sepenuhnya potensi yang ada pada jenteranya sama seperti dilakukan di Litar Mugello di GP Itali bulan lalu.

Katanya, tidak seperti di Mugello di mana dia berjaya mempamerkan tunggangan yang lebih bagus disebabkan litar lebih besar dan tidak banyak selekoh sempit.

Hafizh yang memulakan perlumbaan di petak ke-26 berjaya menamatkan perlumbaan dengan menduduki tempat ke-17. -HARIAN METRO

 oleh Ferzalfie Fauzi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: