Pengadang jalan sempadan Selangor-Pahang dialihkan

GOMBAK – Pengadang jalan di sempadan antara Selangor dan Pahang di Batu 24 di sini telah dialihkan oleh individu tidak bertanggungjawab pada Jumaat lalu.

Ketua Perhubungan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Mukim Setapak, Jamaludin Muhyuddin berkata, perkara itu disedari anggotanya ketika membuat rondaan sekitar jam 4.30 petang pada hari kejadian.

Menurutnya, dipercayai perbuatan itu dilakukan oleh pihak yang mahu menggunakan jalan lama itu bagi mengelak menempuh sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak.

“Susulan daripada itu, saya telah maklumkan kepada kepada Penghulu Mukim Setapak yang kemudian telah memanjangkan perkara tersebut kepada pihak berwajib.

“Sekitar jam 1 tengah hari Sabtu, jalan tersebut telah ditutup semula. Selain memasang pengadang konkrit, halangan berbentuk timbunan tanah turut dilakukan bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengalihkan lagi pengadang jalan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Katanya, situasi sama berlaku sebanyak tiga kali sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu.

“Sebelum ini anggota Rela ada berkawal di lokasi cuma pada PKP 3.0 ini, kami ubah kepada rondaan berkala sahaja.

“Merosakkan pengadang jalan itu satu tindakan yang tidak wajar. Kami sebagai penduduk kurang senang dengan kejadian itu. Harap pengguna akur dengan penutupan jalan itu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa PKP 3.0,” katanya. – SINAR HARIAN ONLINE

oleh Norafiza Jaafar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: