PKP: antara nasib dan rezeki penjaja kecil PBT dengan peniaga Pasar Borong Selangor

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) kali ini hanya membenarkan sektor ekonomi perlu (essential) berlangsung.

Ini termasuk sektor jualan makanan dan penghantaran. Malah peniaga-peniaga kecil dan penjaja yang mempunyai lesen PBT dibenarkan beroperasi sepanjang PKP ini. Kebenaran itu telah dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 1 Jun lalu.

Kebenaran tersebut telah memberi kelegaan buat kelompok peniaga dan penjaja yang mempunyai lesen tahunan dan lesen sementara PBT untuk mencari rezeki ketika PKP.

Peniaga dan penjaja yang bijak akan bergandingan dengan syarikat-syarikat khidmat penghantaran seperti Food Panda, Grab Food atau Lalamove bagi urusan tempahan dan penghantaran makanan kepada pelanggan.

Inisiatif KPKT membuka kebenaran operasi kepada peniaga-peniaga kecil ini memberi tambah nilai masyarakat kepada kerajaan. Terpulang kepada kelompok peniaga ini untuk memaksimakan pendapatan asal patuhi SOP PKP agar tidak menjadi penyebab kepada sebaran wabak Covid-19.

Kebenaran operasi ini juga memberi peluang kerja dan kelangsungan operasi syarikat-syarikat khidmat penghantaran makanan ini. Ramai warganegara di bandar-bandar utama seluruh negara mengambil kesempatan menjadi penghantar makanan sebagai pendapatan sepanjang PKP.

Namun begitu, nasib tidak menyebelahi segelintir peniaga-peniaga warga tempatan di Pasar Borong Selangor baru-baru ini.

Menurut pendedahan eksklusif oleh Malaysia Gazette (https://malaysiagazette.com/2021/06/20/kami-warga-malaysia-kami-pun-nak-hak-kami-peniaga-pasar-borong-selangor/) telah mendedahkan luahan peniaga-peniaga tempatan yang kecewa dengan tindakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) selaku badan yang menguruskan Pasar Borong Selangor di Serdang yang mengutamakan peniaga dan pekerja warga asing.

Meskipun kerajaan sebelum ini melarang warga asing berniaga termasuk menjaja di sekitar pasar borong, namun perkara itu seolah-olah ‘hangat-hangat tahi ayam’ dan berulang setiap kali operasi ditamatkan.

Peniaga-peniaga tempatan khususnya peniaga Melayu mendakwa telah diusir kerana pengurusan Pasar Borong Selangor kerana mahu memberi lot-lot kedai disewa oleh peniaga-peniaga warga asing.

Ada pemilik lot niaga meminta peniaga-peniaga tempatan mengosongkan tempat berniaga secara terburu-buru, dengan alasan atas arahan PKPS sendiri.

Menurut laporan Malaysia Gazette lagi, Pejabat (PKPS) memberitahu kepada pemilik lot supaya ambil lot balik, sekiranya tak ambil, pejabat akan tarik dan pemilik lot perlu berniaga sendiri.

Lebih malang apabila pemilik lot masih tidak memulangkan wang deposit berjumlah RM3,000 sedangkan peniaga-peniaga perlu mengosongkan lot niaga dalam kadar segera.

Nasib peniaga dan penjaja kecil PBT lebih baik berbanding para peniaga tempatan di Pasar Borong Selangor. Mungkin nasib mereka akan berbeza sekiranya pengurusan pasar tersebut berada di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT). _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: