Anak istimewa juga berhak dapat vaksin

MUAR: Bapa kepada seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) epilepsi (gangguan saraf otak) meminta ibu bapa senasib dengannya supaya tidak menafikan peluang anak istimewa mereka mendapatkan suntikan vaksinasi COVID-19.

Ahmad Asram, 55, berkata suntikan vaksin penting untuk meningkatkan ketahanan perlindungan diri anak-anak berkenaan terhadap wabak berbahaya itu.

“Nasihat saya, jangan tutup minda anda dan menidakkan peluang anak kita yang istimewa ini.

“Dapatkan suntikan vaksin untuk mereka,” katanya yang ditemui pemberita ketika menemani anaknya, Nuraqilah, 24, mendapatkan suntikan itu di pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Pagoh di sini, hari ini.

Pemandu teksi itu mengakui lega melihat anaknya menerima suntikan vaksin walaupun beliau belum mendapat suntikan.

“Terima kasih kepada kerajaan menyediakan perkhidmatan ini dan guru sekolah Nuraqilah yang membantu menguruskan proses pendaftaran anak saya dan rakan-rakannya,” katanya.

Sementara itu Ahmad dilihat cukup teruja apabila berpeluang berbual secara santai bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang meluangkan masa melawat pusat itu dan bertanyakan khabar.

Seorang warga emas yang ditemui di PPV itu, Rohana Othman, 60, menyifatkan proses mengambil darah lebih ‘menyakitkan’ berbanding suntikan vaksin yang diterimanya.

“Senang proses suntikannya, tidak sakit pun. Malahan sebelum disuntik semua orang membantu tenangkan makcik,” katanya yang memuji layanan diberi petugas kesihatan di fasiliti berkenaan.

Ahmad Dollah Sipon, 74, menyifatkan kewujudan PPV itu memudahkan urusan masyarakat sekitar terutama warga emas dan OKU mendapatkan suntikan vaksin.

PPV Dewan Serbaguna Pagoh yang beroperasi sejak 6 Jun lalu adalah PPV kedua (bukan kesihatan) di daerah Muar selepas Dewan Maharani, dan berupaya memberikan suntikan kepada sehingga 700 penerima sehari.

Terdahulu, Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau operasi pemberian vaksin dan kemudahan yang disediakan di PPV berkenaan.

Mengiringi beliau ialah isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Pegawai Kesihatan Muar Dr Noorhaida Ujang.

Sumber : BH Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: