Bapa sanggup payung anak demi kelas online

KARNATAKA: Seorang bapa sanggup berkorban dengan basah lencun akibat hujan lebat demi memastikan anaknya dapat mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian.

Bapa itu dilihat memegang payung ketika anak perempuannya duduk di pembahagi jalan sambil melihat telefon bimbit.

Mereka tinggal di kampung Balakka, Sullia Taluk di Dakshina Kannada dan pelajar itu memaklumkan susah mendapat capaian internet di rumahnya.

Disebabkan itu, Udit Shyam sering meredah keluar dari kampung bagi mencari jaringan internet yang laju.

“Saya sedang melanjutkan pengajian ijazah di universiti. Di kawasan kampung susah mendapat capaian internet sedangkan saya mempunyai kelas dalam talian.

“Semasa pandemik Covid-19, seramai 30 hingga 40 pelajar datang ke sini demi menghadiri kelas secara maya itu. Kebiasaannya, kami akan datang pada pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari, kemudian bersambung selepas pukul 2 petang,” katanya.

Sumber : Utusan Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: