Euro 2020: England, Croatia melangkah ke pusingan seterusnya.
23 Jun 2021: Dua perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D berlangsung awal pagi tadi, menyaksikan kemenangan buat England dan Croatia mengatasi lawan masing-masing untuk mara ke pusingan kalah mati.
Croatia membenam Scotland dengan jaringan 3-1. Sebelum perlawanan bermula, kedua-dua pasukan ini mengutip satu mata selepas dua perlawanan kumpulan. Peluang masing-masing terbuka untuk mara ke pusingan seterusnya.
Namun Croatia lebih menguasai perlawanan berbanding Scotland. Kelebihan jaringan telah melayakkan Croatia mara walaupun berkongsi mata sama dengan Republik Czech.

Republik Czech pula melepaskan peluang sekurangnya seri untuk mengutip satu mata dan layak ke pusingan kalah mati secara automatik. Namun tuah menyebelahi pasukan England yang memenangi perlawanan melalui jaringan tunggal oleh Raheem Sterling pada minit 12.
Walaupun tewas, Republik Czech turut mara ke pusingan kalah mati berdasarkan kedudukan pasukan ketiga terbaik. Pasukan lain yang mara dalam kategori ini adalah Switzerland. _PPI Sukan