Ivermectin: PPIM buat laporan polis terhadap KKM

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis semalam terhadap Kementerian Kesihatan (KKM) susulan keengganan menggunakan Ivermectin sebagai rawatan bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.

Laporan polis itu dibuat kira-kira jam 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang turut dihadiri Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

PPIM dalam satu kenyataan memaklumkan laporan itu dibuat sebagai inisiatif inklusif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam memperjuangkan hak kepenggunaan yang dilihat seakan tiada kompromi daripada pihak atasan dalam mempertimbangkan kaedah dan rawatan alternatif sebagai usaha mencegah penularan COVID-19.

Katanya, keengganan KKM dalam mempertimbangkan keberkesanan penggunaan Ivermectin adalah satu kesalahan jenayah.

“Walaupun KKM sudah mendapat nasihat dan surat daripada doktor pakar di Malaysia mengenai Ivermectin, namun keengganan KKM seakan menjadi persoalan kepada seluruh rakyat.

“Sudah banyak kajian klinikal membuktikan keberkesanan Ivermectin dalam mengurangkan risiko jangkitan sebanyak 88 peratus dan kemampuannya mengurangkan kadar kematian sebanyak 83 peratus.

“Selain itu sudah banyak juga percubaan prophylaxis menunjukkan pengurangan yang menggalakkan penyebaran virus ini,” katanya.

Kenyataan itu turut menjelaskan ketika ini jumlah kematian akibat COVID-19 semakin bertambah setiap hari dan jika lebih lambat, ia sudah pasti membimbangkan banyak pihak.

“Kita seharusnya bersikap terbuka dan menerima pandangan daripada pihak lain selagi ia terbukti berkesan bagi mencegah penularan COVID-19 ini,” katanya.

Justeru, PPIM menggesa kerajaan dan pihak KKM bersedia untuk membuat kajian lanjut dan menerima kaedah rawatan penggunaan Ivermectin dengan membangunkan protokol rawatan yang selamat secara menyeluruh.

Katanya, ia terbukti berkesan di beberapa negara yang kini berjaya mengurangkan jumlah kes COVID-19 serta varian baharu.

Awal bulan ini, KKM dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectin untuk pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital bawah kementerian itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA).

Ia digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.

Bagaimanapun belum ada bukti konklusif untuk mengesyorkan penggunaan Ivermectin bagi merawat COVID-19.

Penggunaan ‘off-label’ Ivermectin meraih perhatian global berikutan ada beberapa kajian kes dan ujian klinikal menunjukkan keputusan yang baik.

Bagaimanapun FDA tidak meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat dan mencegah COVID0-19 ke atas manusia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga hanya mengesyorkan penggunaan Ivermectin dalam ujian klinikal, yang mana pesakit perlu dipantau dengan teliti oleh doktor pakar dan penyelidik berpengalaman untuk menjamin keselamatan serta keberkesanan. – BH ONLINE

oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: