Program Vaksinasi Tak Seburuk Yang Disangka.

Rata-rata mereka yang menerima vaksin berpuas hati dan memuji servis dan layanan yang diberikan oleh petugas barisan hadapan. Para doktor dan pegawai kesihatan yang bertugas, bersama-sama dengan petugas sukarelawan dan RELA dan kesemua pihak yang terlibat memastikan pengurusan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berjalan baik, teratur dan mengikut segala SOP yang ditetapkan.

Berdasarkan kepada ziarah ringkas antara YB Datuk Zuraida Kamaruddin, Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan penerima vaksin di Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang pada sabtu yang lalu, penerima vaksin yang hadir kebanyakannya adalah golongan tumpuan iaitu warga emas. Mereka terkejut dengan kehadiran YB Zuraida Kamaruddin yang terus menyapa bertanya khabar dan bertanyakan maklum balas secara langsung kepada mereka.

Bertanya kepada mereka tentang dakwaan vaksin berbahaya dan ada ‘Dajjal’ di dalamnya secara berseloroh oleh YB Zuraida, penerima vaksin hanya tergelak dan menafikan dakwaan tersebut. Ada juga beberapa penerima vaksin yang pada awalnya sangsi dengan keselamatan vaksin, namun dengan pujukan daripada keluarga dan penerangan daripada pihak doktor dan unit Jangkauan Komuniti daripada NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN), mereka akhirnya datang menghadirkan diri untuk menerima vaksin.

Apabila ditanya kepada YB Datuk Zuraida Kamaruddin tentang keberkesanan program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK), inisiatif bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Perpaduan Negara, beliau mengatakan program ini memberikan impak yang sangat positif kepada kadar peratusan mereka yang datang ke PPV.

“Alhamdulillah ya, bila kita call tanyakan kepada mereka melalui senarai nama yang kita dapat, kebanyakan mereka berterima kasih dan rasa terharu ya. Mereka rasa dihargai dan dan merasakan kita betul-betul nak mereka datang dan dapatkan vaksin dan mereka alhamdulillah terus hadirkan diri.”

Kadar vaksinasi negara di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat mendadak kepada lebih 200,000 ribu diberikan dalam masa sehari. Pada bulan Ogos, PICK mensasarkan kepada 400,000 ribu sehari. Mengikut kepada trend harian pemberian suntikan vaskin, Malaysia mampu mencapai lebih 70% jumlah daripada keseluruhan penduduk menerima vaksin pada akhir bulan September nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: