Sekejap Mendayung, Bersama Meninjau

Sudah sampai masanya rakyat dan ahli politik itu berganding bahu dalam menguruskan kawasan setempat. Hubungan antara rakyat dan ahli politik bukan sekadar satu hala, dimana rakyat memerlukan bantuan, dan ahli politik menghulurkan bantuan akan tetapi kedua-duanya saling berganding bahu menyelesaikan isu setempat. Antaranya melalui NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN).

PKN ini adalah memastikan entiti ini menjadi pemacu yang menekan dasar kerajaan. Tapi tak terhenti disitu, apa sahaja polisi pihak kerajaan yang boleh bawa keuntungan dan faedah kepada rakyat, PKN akan bantu untuk pastikan faedah ini betul-betul sampai kepada rakyat.

Antara gerak kerja yang menjadi fokus utama PKN sekarang ini adalah memastikan semua rakyat Malaysia dapat akses kepada faedah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Menggunakan 3 unit teras dalam Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) – Unit Jangkauan Komuniti, Unit Mobilisasi dan Unit Panggilan, ramai rakyat yang tercicir daripada Program imunisasi negara disebabkan beberapa masalah seperti ketiadaan pengangkutan, tempat tinggal yang jauh atau semudah tiada makluman atau sekecil isu terlupa untuk menghadirkan diri ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekalipun tetap dihubungi.

Selain itu, PKN ni juga mengambil inisiatif untuk menjadi jambatan penghubung antara rakyat dengan jabatan-jabatan milik kerajaan dalam menyelasaikan masalah lokal dan komuniti setempat. Dalam Bahasa mudah, PKN berhasrat mendidik rakyat satu ilmu untuk menyelesaikan masalah dan isu lokal tanpa perlu berharap pada ahli politik atau wakil rakyat semata-mata.

Kalau ada masalah ‘jalan raya bulan’ seperti contoh, rakyat boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa berkenaan secara terus tanpa perlu buat perjumpaan dengan wakil rakyat. Pastinya isu atau masalah yang ada, boleh selesai lebih cepat. Kalau ada masalah longkang tersumbat, rakyat tak perlu untuk menunggu sehingga ke hujung minggu untuk wakil rakyat datang melihat masalah yang timbul. Rakyat boleh terus menggerakan komuniti yang ada untuk selesaikan masalah sesegera yang mungkin. Sebab pada akhirnya, masalah itu perlu diselesaikan untuk memudahkan urusan atau hal-hal setempat yang lain.

Dengan gerakan pemberdayaan masyarakat yang dibawa PKN ini, mana-mana ahli politik yang hendak bertanding di kawasan yang rakyatnya mempunyai ilmu dan kesedaran sistem urus tadbir peringkat komuniti dan lokal, akan lebih berhati-hati dalam percubaan memanipulasi undi rakyat kawasannya. Ahli politik yang nak bertanding akan sedar, keberadaan dia disitu tidak diperlukan seratus peratus. Dia pula yang akan merasakan dirinya hanya menempel kepada rakyat dan dia pula sebenarnya terhutang budi dengan rakyat yang sanggup mengundinya.

Natijahnya inilah pengharapan YB Datuk Zuraida Kamaruddin. Bagi beliau, ahli politik dan rakyat saling memerlukan. Dengan membantu ahli politik menyampaikan maklumat dan aduan dengan berkesan, dan menyelesaikan isu tempatan yang kecil di peringkat lokal, ahli politik pula dapat fokus membantu rakyat dengan isu-isu tempatan yang memerlukan gerak kerja yang menyeluruh melibatkan penglibatan beberapa agensi kerajaan yang lain.

Bak kata pepatah:

“Sekejap Mendayung, Bersama Meninjau.”

Rakyat dan ahli politik masing-masing mempunyai tugas tersendiri. Namun tidak bermaksud dua entiti ini tidak boleh silangkan tugas dan lakukan bersama yang akhirnya rakyat mendapat habuan manfaat yang nyata, dan wujud satu kerjasama antara rakyat dan wakil rakyat yang benar-benar diberi nilai dan dihargai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: