Sektor kredit komuniti dibenar beroperasi semasa PKP

23 Jun 2021, PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui kenyataan rasmi telah memaklumkan kebenaran operasi kepada sektor kredit komuniti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa serta merta hari ini.

Menurut kenyataan rasmi tersebut, ia susulan dari Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 18 Jun 2021 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada Sektor Kredit Komuniti (KK) atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang berdaftar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Syarikat-syarikat kredit komuniti ini turut diingatkan agar terus mematuhi SOP sebagai syarat-syarat penting pengoperasian sepanjang PKP ini.

Pengoperasian sektor kredit komuniti merupakan sektor ke-13 yang telah
disenaraikan sebagai perkhidmatan perlu di bawah Kluster Kerajaan Tempatan di dalam Sistem CIMS 3.0 sepanjang tempoh PKP Fasa 1 ini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, boleh menghubungi pegawai-pegawai di Bahagian Kawalan Kredit Komuniti, KPKT di talian seperti berikut:

Urusan pelesenan : 03-88914695/4661/4659/4652/4721
Urusan aduan : 03-88914690/4668/4658/4708

_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: