Sektor Kredit Komuniti dibenar beroperasi

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada Sektor Kredit Komuniti (KK) atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang berdaftar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 berkuat kuasa serta-merta.

Syarikat Kredit Komuniti/Pemberi Pinjam Wang perlulah membuat permohonan baharu kebenaran pengoperasian menerusi http://www.miti.gov.my dengan mengakses Portal CIMS 3.0 ( melalui pautan notification.miti.gov.my ) berkuatkuasa pada 23 Jun 2021 dan syarikat hanya dibenarkan beroperasi setelah mendapat kelulusan daripada sistem CIMS.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, bagi syarikat Kredit Komuniti di Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, kebenaran beroperasi perlu dirujuk kepada pihak-pihak berkuasa berkenaan seperti Kementerian Kewangan Negeri Sabah (KKNS), Jabatan Kerajaan Negeri Sarawak (JKNS) dan Perbadanan Labuan (PL).

Keputusan itu dibuat hasil Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 18 Jun 2021 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Sumber : FB rasmi Zuraida Kamaruddin

Menurutnya, KPKT selaku agensi yang mengawal selia aktiviti kredit komuniti telah mengambil beberapa langkah bagi mengemaskini semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Sektor Kredit Komuniti (Pemberi Pinjam Wang) untuk mengawal penularan wabak Covid-19 seperti berikut:

(i) Waktu operasi dan waktu bertemu pelanggan adalah dihadkan dari jam 9 pagi hingga 5 petang;

(ii) Hanya 2 orang pelanggan dibenarkan berada dalam premis dalam satu-satu masa. Pelanggan adalah digalakkan untuk membuat temujanji sebelum
mengunjungi premis bagi mengurangkan bilangan pelanggan yang beratur;

(iii) Kapasiti pekerja adalah terhad kepada 60% kehadiran pekerja termasuk operasi dan pengurusan;

(iv) Syarikat Kredit Komuniti/ Pemberi Pinjam Wang wajib menyediakan kemudahan QR Code MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan. Pelanggan diwajibkan untuk mendaftar masuk ke dalam aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual di kawasan yang tidak mempunyai capaian internet atau pelanggan yang tidak mempunyai telefon pintar;

(v) Pelanggan perlu menjalankan imbasan suhu badan di pintu masuk dan menggunakan hand sanitizer sebelum memasuki premis. Pelanggan yang mempunyai suhu melebihi 37.5 Celcius atau menunjukkan simptom seperti sakit tekak, batuk, selesema, sesak nafas tidak dibenarkan memasuki premis; dan

(vi) Syarikat KK perlu memaklumkan segera kepada KPKT dan merujuk kepada SOP MKN dan KKM sekiranya terdapat kakitangan atau pelanggan KK yang disahkan positif COVID-19. Ini bagi memastikan tiada penularan yang berlaku di sektor ini dan syarikat KK lebih peka serta mematuhi arahan yang berkuatkuasa.

Pengoperasian Sektor Kredit Komuniti ini merupakan sektor ke-13 yang telah disenaraikan sebagai perkhidmatan perlu di bawah Kluster Kerajaan Tempatan di dalam Sistem CIMS 3.0 sepanjang tempoh PKP Fasa 1 ini.

Sehubungan itu, semua syarikat Kredit Komuniti perlu memastikan untuk mematuhi SOP yang dikeluarkan bagi bersama-sama mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, orang ramai boleh menghubungi pegawai-pegawai di Bahagian Kawalan Kredit Komuniti, KPKT di talian seperti berikut:

Urusan pelesenan : 03-8891 4695/4661/4659/4652/4721
Urusan aduan : 03-8891 4690/4668/4658/4708

– Sumber : MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: