Euro 2020: Sepanyol belasah Slovakia 5-0

Empat perlawanan berlangsung lewat malam semalam dan awal pagi tadi.

Perlawanan akhir peringkat Kumpulan E dan Kumpulan F menyaksikan Sepanyol mengiringi Sweden dari Kumpulan E dan Perancis bersama Jerman dalam Kumpulan F mara ke pusingan kalah mati. Turut mara adalah Portugal berdasarkan kedudukan pasukan ketiga terbaik.

Jerman antara pasukan pilihan Euro 2020 bergelut mendapatkan keputusan seri melawan Hungary pagi tadi. Pasukan The Magyar mendahului separuh masa pertama dengan 1-0, namun saingan 45 seterusnya menjadikan perlawanan menarik. Keputusan berakhir seri 2-2.

Sepanyol pula menjadi satu-satunya pasukan yang menjaringkan gol besar tanpa bolos dalam kempen Euro edisi kali ini apabila membenam Slovakia dengan keputusan selesa 5-0.

Satu lagi perlawanan Kumpulan E yang berlangsung adalah pertemuan antara Sweden dan Poland. Ini juga suatu perlawanan menarik yang mendebarkan. Penyerang elit Poland, Robert Lewandowski telah menyumbat dua gol pada minit 61 dan minit 84 bagi menyaingi Sweden yang memerlukan kemenangan untuk layak ke pusingan 16 pasukan.

Jaringan minit akhir pemain sayap Sweden, Emil Forsberg dalam masa kecederaan telah meranapkan peluang Poland untuk mencapai kemenangan. Jaringan Forsberg menjadikan keputusan 3-2.

EMIL FORSBERG

Portugal dan Perancis berkongsi mata setelah seri 2-2. Christiano Ronaldo sekali lagi menjadi wira Portugal apabila berjaya menyudahkan sepakan penalti pada minit 60 bagi memgikat kedudukan seri. Jaringan penalti itu juga telah membantu Portugal mara ke pusingan 16 pasukan atas tiket pasukan ketiga terbaik.

Saingan peringkat 16 pasukan atau kalah mati Euro 2020 akan bermula pada 27 Jun ini melibatkan dua perlawanan iaitu Wales melawan Denmark dan Itali bertemu Austria. _PPI Sukan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: