Jabatan Perumahan Negara “Kami Tahu, Kami Bantu”

Oleh: Anas Ahmad

Jabatan Perumahan Negara (JPN) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ditubuhkan dengan tujuan memastikan sektor perumahan yang sempurna dan lebih teratur untuk dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat. Antara fungsi utama JPN adalah merancang dan menetapkan hala tuju sektor perumahan di Malaysia berdasarkan maklumat yang tepat serta membantu rakyat untuk memiliki rumah melalui skim-skim bantuan perumahan.

Namun begitu, masyarakat masih lagi tertipu dengan tawaran jualan rumah murah, baik oleh pemilik asal mahupun oleh pihak pemaju. Ramai juga individu yang ditipu dengan promosi kediaman yang bakal dibina dengan harga murah oleh pihak pemaju sedangkan pembinaan tersebut tiada kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dalam hal ini, rakyat Malaysia masih tidak maklum bahawa mana-mana pemaju tidak boleh membangunkan apa-apa perumahan atau kediaman selagi masih belum mendaftar dan menerima kelulusan daripada PBT.

Justeru, JPN telah melancarkan Kempen Kesedaran Awam (KKA) Bijak Beli Rumah yang memberi penjelasan tentang transaksi jual beli rumah, hak-hak pembeli dan peraturan-peraturan yang boleh dijadikan garis panduan serta rujukan dalam mendidik bakal pembeli rumah di seluruh negara. Inisiatif oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin atas dasar keprihatinan beliau terhadap kehidupan dan hak rakyat Malaysia ini selayaknya diberi pujian dan sokongan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: