Kedudukan UUM meningkat

Alor Setar: Universiti Utara Malaysia (UUM) melonjak kedudukan di tangga 161 dalam Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2021 berbanding di kedudukan 201-250 pada tahun lalu.

Lonjakan ini sekali gus menjadikan UUM satu-satunya universiti awam di bawah usia 50 tahun di Malaysia yang mencatatkan peningkatan.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, pencapaian berkenaan menaikkan lagi reputasi UUM sebagai universiti pengurusan terkemuka di persada antarabangsa.

Katanya, 37 tahun penubuhan UUM melayakkan universiti ini menjadi antara universiti terbaik dunia di bawah usia 50 tahun.

“UUM terus konsisten mempamerkan peningkatan tahun demi tahun dengan usaha selama tiga tahun sejak 2019, usaha ini sudah membuahkan hasil melalui pelbagai inisiatif yang diambil.

“Bukan mudah untuk sesebuah universiti yang dilihat masih ‘muda’ untuk berada sebaris atau setaraf dengan univeriti terkemuka lain, namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dikecapi sekiranya seluruh warga UUM dapat memainkan peranan dan bekerja keras untuk mencapainya.

“Kita berjaya menunjukkan peningkatan dan ia amat membanggakan kerana lonjakan ini melibatkan reputasi universiti dalam pelbagai aspek,”katanya dalam kenyataan.

Ahmad Bashawir bagaimanapun berharap warga UUM tidak terus berasa selesa sebaliknya perlu sentiasa berusaha menjayakan agendalain kerana masih banyak lagi yang perlu dilaksanakan untuk meletakkan universiti berkenaan sebaris dengan universiti-universiti ternama dunia.

THE Young University Rankings mengguna pakai 13 indikator dalam lima kategori iaitu 30 peratus pengajaran (persekitaran pembelajaran), 30 peratus penyelidikan (jumlah, pendapatan dan reputasi), 30 peratus sitasi (pengaruh penyelidikan), 7.5 peratus pandangan antarabangsa (staf, pelajar dan penyelidikan) dan 2.5 peratus pendapatan industri (pemindahan pengetahuan).

Ranking 2021 membabitkan 475 universiti seluruh dunia berusia bawah 50 tahun. – HARIAN METRO

oleh Noorazura Abdul Rahman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: