KKM rekod 20 kluster tempat kerja

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 30 kluster baharu di mana 20 daripadanya adalah kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan lapan kluster tempat kerja.

Menurut beliau, KKM juga mengesan tiga kluster tempat kerja di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

“Sementara itu, masing-masing dua kluster tempat kerja dikenalpasti di Johor, Kedah dan Kuala Lumpur selain Perak, Pahang, Sarawak mencatatkan satu kluster.

“Sembilan kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi turut dikesan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan adalah 2,720 kluster.

“Sebanyak 1,853 kluster telah diisytiharkan tamat, manakala 867 masih aktif,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai salah satu kluster komuniti, Dr Noor Hisham berkata, aktiviti ziarah menziarahi di Taman Senai Jaya, Kulai, Johor telah mencetuskan Kluster Jalan Senai Jaya Satu.

“Kes indeks seorang wanita berusia 25 tahun telah bergejala pada 15 Jun sebelum disahkan positif Covid-19 dua hari kemudian.

“Seramai 16 individu di kawasan tersebut turut dijangkiti wabak berkenaan,” katanya. -SINAR HARIAN

oleh Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: