KPKT DAN CERITA RAKYAT DARI GUNUNG UBASUTEMAYA

Oleh: Ahmad Roi

Di Jepun ada sebuah gunung yang terkait dengan sebuah cerita rakyat, Gunung Ubasutemaya. Dikatakan dulu, menjadi tradisi di Jepun membuang ahli keluarga mereka yang sudah tua di gunung ini. Ketika itu, orang tua dilihat beban dan tidak mampu bekerja.

Dalam cerita rakyat tersebut, dikisahkan seorang lelaki menggendong ibunya yang sudah tua ke gunung, untuk dibuang.

Dalam perjalanan, ibu tua itu mematahkan ranting-ranting diselang-seli mengelap peluh anak yang menggendongnya.

“Anakku sayang, ibu tak mahu kau tersesat selepas meninggalkan ibu di gunung nanti”, bisik ibunya yang tahu anaknya kehairan dengan tindakannya mematahkan ranting pokok. Menangislah si anak, sedar dan membawa pulang ibunya.

Sedih. Tapi hanya bersedih saja tidak cukup. Sebagai mahkluk berpengalaman, golongan ini wajar diberi perlindungan, kediaman dan persekitaran yang sihat agar kekal produktif.

Dalam usaha menyantuni golongan tua, KPKT jadi kementerian paling hadapan. Di bawah Dasar Perumahan Mampu Milik Negara, kediaman mesra warga emas sedang dilaksanakan bagi persediaan menghadapi status “komuniti tua” menjelang tahun 2025.

Bawah inisiatif ini, sebanyak 20 unit kediaman mesra warga emas diperuntukkan bagi setiap blok kediaman, bagi memberi kemudahan buat anak-anak yang ingin menjaga ibu bapa mereka.

Kemudahan yang terdapat pada kediaman mesra warga emas adalah tandas dan pintu yang lebih besar bagi laluan lebih selesa untuk keperluan penggunaan kerusi roda.

Tujuannya jelas, ingin mewujudkan komuniti warga tua yang sihat dan membolehkan mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti bersesuaian bagi mempergiatkan pemikiran dan kesihatan fizikal demi pendidikan sepanjang hayat.

Tahniah KPKT!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: