Latihan Membuahkan Kesempurnaan”

Oleh: Anas Ahmad

Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) merupakan satu daripada agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang statusnya setaraf dengan Jabatan/bahagian di Kementerian.

I-KPKT berperanan dalam melaksanakan latihan bagi enam pusat pengajian yang merangkumi Perancangan Bandar dan Urbanisasi, Pengurusan Landskap, Kerajaan Tempatan, Pengurusan Perumahan, Pengurusan Sisa Pepejal serta Pemahaman dan Penguatkuasaan Undang-undang. I-KPKT juga menganjurkan persidangan, seminar dan bengkel berkaitan kerajaan tempatan di peringkat tempatan dan antarabangsa serta mengalurkan maklumat terkini berhubung dengan perubahan dasar, polisi dan matlamat kementerian dari semasa ke semasa.

Sejak Yang Berhormat Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin memegang jawatan sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, beliau telah menyediakan lebih daripada 70 kursus dan bengkel kepada penjawat-penjawat awam. Sebagai contoh, Bengkel Teknik Penyiasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Kerajaan telah dijalankan bagi meningkatkan kefahaman peserta dalam aspek kemahiran melaksanakan tugas sebagai pegawai penyiasat dalam sektor kerajaan.

Semua kursus dan bengkel yang disediakan ini dilihat membantu dalam melatih dan meningkatkan kualiti kerja kebanyakan penjawat awam di Malaysia. Sementara ahli politik lain sibuk mengumpul puak, YB Zuraida bertungkus lumus memastikan Malaysia memiliki kakitangan kerajaan yang cekap dan amanah dalam menjalankan tugas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: