PDRM siasat aktiviti jualan vaksin

PUTRAJAYA – Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sedang memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung aktiviti penjualan vaksin kepada orang ramai supaya siasatan dakwaan penyelewengan dapat disegerakan.

CITF dalam satu kenyataan memaklumkan, butiran lanjut akan diumumkan oleh PDRM dalam masa terdekat selepas beberapa beberapa tangkapan telah dibuat.

Katanya, dua laporan kepada pihak PDRM telah dibuat pada 14 dan 22 Jun lalu hasil aduan orang ramai mengenai dakwaan aktiviti penjualan vaksin baru-baru ini.

CITF menegaskan bahawa tiada vaksin atau slot janji temu boleh dijual sama sekali.

“Pemberian suntikan vaksin adalah dilaksanakan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya di sini hari ini.

CITF berkata, Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah memutuskan bahawa vaksin tidak boleh dijual kepada penerima atau dibekalkan kepada pihak lain tanpa kebenaran kerajaan persekutuan.

“Ingin juga kami tegaskan bahawa tiada kelulusan telah dikeluarkan oleh JKJAV kepada mana-mana pihak untuk tujuan ini.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk terus melaporkan kepada PDRM sekiranya ada tawaran penjualan vaksin kepada mereka,” katanya. -K! ONLINE

oleh Nur Idayu Bosro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: