Pengasas perisian McAfee ditemui mati dalam penjara

MADRID: Pengasas perisian antivirus, John McAfee ditemui mati dalam penjara semalam, beberapa hari selepas mahkamah meluluskan ekstaradisinya ke Amerika Syarikat (AS) membabitkan kesalahan cukai.

Menurut jurucakap penjara, lelaki berusia 75 tahun itu ditemui mati dalam bilik kurungannya di penjara Brians 2 berhampiran Barcelona dipercayai kerana membunuh diri.

McAfee disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7 malam waktu tempatan.

Jabatan Kehakiman wilayah Catalonia dalam satu kenyataan berkata, satu siasatan dijalankan berhubung kejadian itu.

“Pengawal dan kakitangan perubatan bergegas melakukan usaha menyelamat namun doktor mengesahkan kematiannya,” menurut kenyataan itu.

McAfee dipenjara di Sepanyol sejak beliau ditahan di Lapangan Terbang Barcelona pada Oktober tahun lalu, sebelum menaiki penerbangan ke Istanbul.

Penjara Brians 2 di Sant Esteve Sesrovires, Barcelona. - Foto AFP
Penjara Brians 2 di Sant Esteve Sesrovires, Barcelona. – Foto AFP

Beliau didakwa atas kesalahan membabitkan percukaian antara tahun 2014 dan 2018, biarpun memperoleh pendapatan jutaan euro hasil konsultasi, mata wang kripto dan penjualan hak berhubung kisah hidupnya.

Jika didapati bersalah, beliau berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun.

Mahkamah Sepanyol sebelum ini meluluskan proses ekstradisi McAfee ke AS namun ruang rayuan masih terbuka dan proses terbabit perlu mendapatkan kelulusan Kabinet Sepanyol.

Menurut permohonan ekstradisi dikemukakan AS pada November lalu, McAfee meraih pendapatan lebih 10 juta euro antara tahun 2014 dan 2018, namun gagal memfailkan cukai.

“Untuk menyembunyikan pendapatan dan asetnya daripada Internal Revenue Service (IRS), defendan memerintahkan sebahagian daripada pendapatannya dibayar kepada seorang individu lain dan meletakkan harta atas nama mereka,” katanya. – BH ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: