Bersih Tanda Kemajuan

Oleh: Anas Ahmad

Tidak dapat dinafikan kepentingan pekerja-pekerja kebersihan yang berpenat lelah menjaga kebersihan setiap inci negara yang penduduknya tidak lekang menghasilkan sampah setiap hari. Mereka sebagai pekerja kategori 3D (Dirty, Dangerous & Difficult) bukan sahaja perlu berdepan dengan keadaan yang kotor dan busuk, malah mereka perlu bekerja dalam keadaan yang bahaya dan berisiko dijangkiti pelbagai penyakit termasuk Covid-19.

Walaupun pekerja-pekerja kebersihan diraikan saban tahun dengan sambutan Hari Pekerja Kebersihan, namun Yang Berhormat Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin giat mengambil inisiatif lain bagi membantu meringankan beban pekerja-pekerja kebersihan ini. Antaranya ialah penubuhan Sukarelawan Hero Kebersihan, iaitu bagi mengumpul sukarelawan-sukarelawan dalam pelaksanaan aktiviti berkaitan kebersihan persekitaran.

Sukarelawan yang berdaftar di bawah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berpeluang menyertai program-program yang dianjurkan oleh SWCorp melibatkan penggunaan modul sukarelawan, aktiviti di lapangan dan program anjuran SWCorp di seluruh negeri.

Inisiatif yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin ini sangat bermanfaat, baik dalam meringankan beban pekerja kebersihan mahupun dalam meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan menjaga kebersihan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: