Rakyat tahu kerajaan mana gagal tadbir negara

PANDAN: Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad yakin rakyat tahu kerajaan mana yang gagal mentadbir negara.

Katanya, walaupun Pakatan Harapan (PH) menyerang bertubi-tubi kerajaan Perikatan Nasional hari ini namun kerajaan 22 bulan itu lebih diingati rakyat sebagai satu kerajaan yang telah gagal.

Contohnya, kata beliau, mereka tidak dapat melaksanakan janji-janji pilihan raya umum 2018 sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto PH iaitu menghapuskan tol, menghapuskan AES dan gagal menghapuskan PTPTN.

Kamaruzaman berkata demikian ketika Majlis Penerangan Dan Dialog Isu Semasa anjuran PAS Kawasan Pandan dan PAS Kawasan Ampang yang berlangsung di atas talian (online), semalam.

Tambahnya, propaganda memburuk-burukkan Kerajaan Perikatan Nasional mungkin bertujuan untuk menutup kelemahan-kelemahan PH ketika menjadi kerajaan.

Bagaimanapun, beliau yakin rakyat tidak akan lupa dengan tindakan yang diambil ketika PH menjadi kerajaan dan itu menjadi pengalaman pahit rakyat.

Beliau turut memaklumkan prestasi kerajaan hari ini jauh lebih baik tetapi kemungkinan besar maklumat tentang kejayaan-kejayaan itu tidak disebarkan secara meluas.

Justeru beliau menggesa setiap ahli PAS membantu menyebarkan maklumat-maklumat tersebut.

Beliau mahu setiap ahli menganggap diri mereka sebagai ejen penerangan parti yang bertanggungjawab untuk mengukuhkan parti dan kerajaan. 

Sumber : Harakah Daily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: